Isnin, 17 Ogos 2015

INOVASI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 5 - INOVASI DALAM PENDIDIKAN

1.0  SINOPSIS

         Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai negara maju menurut acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi dalam pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa sempadan.


Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi pelbagai strategi dan kaedah yang inovatif dalam pendidikan, mahir dalam menggunakan semua jenis teknologi dalam pengajaran dan mampu menyesuaikan diri dalam perubahan teknologi tersebut. Seseorang guru masa kini juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk resos yang inovatif serta mampu menggunakan pelbagai reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang terkini serta inovatif. Di harap dengan kemampuan guru mendepani semua perubahan dalam sistem pendidikan masa kini akan mampu meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang maju pada tahun 2020.



2.0 KERANGKA TAJUK



        3.1.   Pembelajaran Bersasaskan Projek (Project Based Learning / PBL)
                
          Proses pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi pelajaran yang melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan lengkap dan betul secara holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar terhadap permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses ini pembelajaran memerlukan pelajar mengaplikasikan pelbagai sumber maklumat, mementukan dan mengurus sumber, masa dan bahan pembelajaran. Pelajar mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masing-masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat

                                   



     Kriteria Pemilihan Projek PB
             Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina kemahiran baru, namun masih  berfokus kepada aktiviti pembelajaran bukannya pentaksiran.Contoh aktiviti PBL : pem  belajaran dalam bilik darjah “Uniform Sekolahku”



      Peranan Guru Dalam PBL:
  • Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran yang sesuai.
  • Terapkan kaedah inkuari – menjana hipotesis, membuat ramalan dan menyelesaikan masalah.
  • Pastikan pelajar mempunyai pengetahuan tentang projek yang hendak dijalankan.
  • Alat pengukuran informal.
  • Aplikasi teknik pengukuran mutakhir
  •  Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan.
  • Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus.


      Apakah Kelebihan PBL
  • Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tugasan yang dijalankan.
  • Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu.
  • Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing.
  • Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

    3.2   Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
                  
            Konsep PBM

            Pembelajaran berasaskan masalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif. PBM merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang hendak dibincangkan, melibatkan penggunaan akal dan fikiran yang kritikal serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan permasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran kendiri, gerak kerja berpasukan dan gigih dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan.

 Apakah kemahiran yang diperolehi daripada PBM ?
 Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, pelajar akan dapat :

a)        Belajar menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan yang sebenar.
b)        Menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills)
c)        Kemahiran menyelesaikan.
d)        Kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.
e)        Kemahiran pembelajaran secara kendiri (self Directed Learning Skills)
f)          Kemahiran bekerja secara berkumpulan
g)        Menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.



          
Langkah-langkah Pembelajaran berasaskan Masalah

a)    Kemukakan masalah
b)    Jelaskan hasil pembelajaran
c)    Sediakan persikitaran pembelajaran yang selamat
d)    Sediakan bimbingan & strategi “coaching apperenticeship” dan “Scafffolding”
e)    Sedikan resos pembelajaran (modul pembelajaran, sumber pengayaan/pemulihan,  
       multimedia)
f)     “Debriefing”
g)    Penilaian – secara berkumpulan dan individu




3.3.     Pembelajaran Elektronik       
              
            Konsep Pembelajaran Elektronik
                       
                    Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluas lagi secara dalam talian selari (synchronous) atau tidak selari. Melalui pendekatan ini juga, pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhkan fakta perbincangan melalui carian maklumat di internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sisitem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal.   
            Pendekatan Pembelajaran Elektronik
Ø  Online
Ø  Technology based learning
Ø  Web based tranining
Ø  Computer based tranining
Ø  Techolology enhanced learning
Ø  Computer supported collabrotive learning

Bentuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran
a)    Cetak seperti jurnal, artikel, rencana, majalah, e-book
b)    Video seperti klip video, rakaman video, siaran satelit
c)    Audio seperti rakaman audio dan podcast.

Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik
a)    Mengikut kadar kendiri pelajar
b)    Mengikut kehendak atau keperluan pelajar
c)    Memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran
d)    Capaian lebih mudah dan luas
e)    Perlukan kemahiran komputer dan internet.

3.4. Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (PBLS)
        
        Konsep PBLS
      
PBLS menggunakan gabungan streming video, penerangan berbantukan power point, penerangan audio dan penyampian-penyampian lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran lebih luas dan kaya dengan sumber pembelajaran yang pelbagai dengan pautan laman berkaitan serta audio dan video. Maklumat pembelajaran, pentaksiran dan perkongsian idea serta pandangan menjadi lebih mudah, pantas dicapai dan dapat disebarkan melalui paparan menerusi laman sesawang.
           


Fungsi PBLS dalam 7 aplikasi
a)    Pengumuman real time
b)    Teks , html, spread sheet, video, powerpoint, fail audio
c)    Buku gred real time
d)    Pautan luar (External links)
e)    Ruang perbincangan maya (Chat rooms)
f)     Kuiz automatik
g)    E-mail
 




4.0       PENGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
            4.1.      Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran

            Penggunaan teknologi dalam PdP telah dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah memberi kesan yang kuat hingga merubah kaedah dan teknik penhajaran tersebut. Antaranya ialah :


a)  Media tayang seperti powerpoint, video, filem dan papan interaktif. Penggunaan multimedia dalam pengajaran banyak membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.
b)    Internet dalam pembelajaran – penggunaan email, blog, portal dan laman sesawang memberi ruang untuk guru membimbing dan mengukuhkan pembelajaran.
c)    Perpustakaan Maya- e-jurnal dan e-buku. Perpustakaan maya membolehkan pelajar mengakses pengkalan data (database) untuk mendapatkan maklumat.
d)  Web-based learning – Bahan PdP dengan mudah boleh dipaparkan di laman sesawang. Dengan cara tersebut maklumat mudah diakses oleh pelajar.
e) Pembelajaran secara atas talian (On-line learning) – Kewujudan rangkaian pendidikan yang berkesan membolehkan pendidikan jarak jauh dilakukan.

f)  Penggunaan ICT dalam PdP – Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah(PPK, 2001)

4.2. Impak Teknologi Dalam Pengajaran


a)    Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
b)    Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan pembelajaran            lebih menarik dan berkesan.
c)     Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan          padat. 
d)     Pelajar tidak mudah merasa jemu dan bosan.
e)     Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suaana pembelajaran          yang menyeronokkan.
f)      Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran.
g)     Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang              terdapat dalam ICT
h)     Membolehkan guru dan pelajar mendapakan maklumat dan pengetahuan terkini dengan            lebih cepat serta efisen.


5.0.      PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
         Guru pada hari ini berdepan dengan pelajar yang dikenali sebagai generasi internet. Mereka lebih selesa dengan dunia internet dan cekap serta pantas menguasai kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam internet. Maka persekitaran pembelajaran juga perlu berubah daripada bilik darjah formasi kepada bilik darjah maya, seterusnya akan mengubah persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran personal.






6.0.      REKA BENTUK RESOS
6.1.      Konsep Reka Bentuk Resos
            Reka bentuk resos digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan penhajaran dan pembelajaran menggunakan resos tradisional seperti bahan bercetak, bahan 2-D dan 3-D ataupun resos terkini seperti bahan berbantukan komputer melalui pelbagai media audio-visual, pengaksesan maklumat, pembelajaran secara online dan jaringan sosial.

Tujuan Reka Bentuk Resos
  • Mendorong murid menanam sifat berdikari sewaktu meneroka bidang ilmu.
  • Pembelajaran berpusatkan murid.
  • Menggunakan konsep pembelajaran masteri.
  • Meningkan kualiti serta keberkesanaan sistem pendidikan keseluruhannya.
  • Bahan pengajaran berbantu komputer di pasaran adalah kurang sesuai dan tidak menepati objektif falsafah pendidikan Negara kerana pakar komputer yang menghasilkan bahan PdP tidak mahir dalam aspek pedagogi.


Model Reka bentuk Resos

1.    Model Berorientasikan Bilik darjah
Guru merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah. Contoh-contoh model RP berorientasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989).

2.    Model Berorientasikan Produk
Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van patten (1989), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).

3.    Model Berorientasikan Sistem
Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey )1979), model Diamond (1989) dan model seels dan Glasgow (1990)

Peringkat Reka Bentuk Resos
      Untuk memastikan pengajaran yang baik dapat dilaksanakan, reka bentuk pengajaranyang sesuai haruslah dipertimbangkan. 

Peringkat reka bentuk resos ialah:
1.    Analisis Murid:
Meraangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentasi khusus peringkat masuk dan gaya pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar belakang sosioekonomi.

2.    Nyatakan Objektif:
Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam merancang resos pengajaran. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan kebolehan murid, dan objektif pengajaran. Oleh kerana kebiasaanya setiap kelas terdiri daripada murid pelbagai kebolehan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas. Justeru penggunaaan media dan bahan perlulah pelbagai.

Pada peringkat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan antarannya adalah seperti berikut:
  • Beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan.
  • Penyediaan bahan.
  • Sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih.
  • Sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan objektif.
  • Sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh murid.

3.    Penglibatan murid:
Aktiviti yang boleh dijalankan untuk melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan , kuiz dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.

4.    Penilaian:
Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta     untuk menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan kebekesanannya. Penilaian meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif.
     
      Ciri-Ciri Reka Bentuk Resos
  • ·         Kos yang berpatutan (boleh juga guna bahan terbuang)
  • ·         Mempunyai identiti kebangsaan.
  • ·         Menepati arahan dan kurikulum.
  • ·         Bersesuaian dengan pencapaian murid.
  • ·         Hiasan berpada dan ketepatan.
      Kelebihan Reka Bentuk Resos
  • ·         Mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran.
  • ·         Guru dan murid boleh mengakses maklumat daripada pelbagai sumber.
  • ·         Sumber maklumat mudah diperolehi.
  • ·         Menjimat masa
  • ·         Pengurusan dan pengemaskinian bahan yang boleh bersistematik
  • ·         Murid dan guru tidak jemu.