1.0 SINOPSIS
Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai negara maju menurut acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi dalam pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa sempadan.
Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi pelbagai strategi dan kaedah yang inovatif dalam pendidikan, mahir dalam menggunakan semua jenis teknologi dalam pengajaran dan mampu menyesuaikan diri dalam perubahan teknologi tersebut. Seseorang guru masa kini juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk resos yang inovatif serta mampu menggunakan pelbagai reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang terkini serta inovatif. Di harap dengan kemampuan guru mendepani semua perubahan dalam sistem pendidikan masa kini akan mampu meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang maju pada tahun 2020.
2.0 KERANGKA TAJUK
3.1. Pembelajaran Bersasaskan Projek (Project Based Learning / PBL)
Proses pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi pelajaran yang melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan lengkap dan betul secara holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar terhadap permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses ini pembelajaran memerlukan pelajar mengaplikasikan pelbagai sumber maklumat, mementukan dan mengurus sumber, masa dan bahan pembelajaran. Pelajar mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masing-masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat
Kriteria
Pemilihan Projek PB
Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina
kemahiran baru, namun masih berfokus kepada aktiviti pembelajaran bukannya pentaksiran.Contoh aktiviti PBL : pem belajaran dalam bilik darjah “Uniform Sekolahku”
- Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran yang sesuai.
- Terapkan kaedah inkuari – menjana hipotesis, membuat ramalan dan menyelesaikan masalah.
- Pastikan pelajar mempunyai pengetahuan tentang projek yang hendak dijalankan.
- Alat pengukuran informal.
- Aplikasi teknik pengukuran mutakhir
- Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan.
- Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus.
Apakah Kelebihan PBL
- Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tugasan yang dijalankan.
- Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu.
- Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing.
- Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.
3.2 Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM)
Konsep PBM
Pembelajaran berasaskan masalah
disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah
dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif. PBM
merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik
yang hendak dibincangkan, melibatkan penggunaan akal dan fikiran yang kritikal
serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan permasalahan yang berkaitan, memenuhi
keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran kendiri, gerak kerja
berpasukan dan gigih dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan.
Apakah kemahiran yang
diperolehi daripada PBM ?
Hasil daripada
pendekatan pengajaran berasaskan masalah, pelajar akan dapat :
a)
Belajar
menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan yang sebenar.
b)
Menguasai kemahiran
pemikiran aras tinggi (high order thinking skills)
c)
Kemahiran
menyelesaikan.
d)
Kemahiran
mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.
e)
Kemahiran
pembelajaran secara kendiri (self Directed Learning Skills)
f)
Kemahiran
bekerja secara berkumpulan
g)
Menguasai
kemahiran berkomunikasi yang berkesan.
b) Jelaskan hasil pembelajaran
c) Sediakan persikitaran pembelajaran yang selamat
d) Sediakan bimbingan & strategi “coaching apperenticeship” dan “Scafffolding”
e) Sedikan resos pembelajaran (modul pembelajaran, sumber pengayaan/pemulihan,
multimedia)
f) “Debriefing”
g) Penilaian – secara berkumpulan dan individu
3.3. Pembelajaran
Elektronik
Konsep Pembelajaran Elektronik
Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluas lagi secara dalam talian selari (synchronous) atau tidak selari. Melalui pendekatan ini juga, pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhkan fakta perbincangan melalui carian maklumat di internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sisitem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal.
Pendekatan Pembelajaran Elektronik
Ø Online
Ø Technology based learning
Ø Web based tranining
Ø Computer based tranining
Ø Techolology enhanced learning
Ø Computer supported collabrotive learning
a)
Cetak seperti jurnal, artikel, rencana, majalah, e-book
b)
Video seperti klip video, rakaman video, siaran satelit
c)
Audio seperti rakaman audio dan podcast.
Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik
a)
Mengikut kadar kendiri pelajar
b)
Mengikut kehendak atau keperluan pelajar
c)
Memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran
d)
Capaian lebih mudah dan luas
e)
Perlukan kemahiran komputer dan internet.
3.4. Pembelajaran
Berasaskan Laman Sesawang (PBLS)
Konsep PBLS
PBLS menggunakan gabungan streming video, penerangan berbantukan power point, penerangan audio dan penyampian-penyampian lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran lebih luas dan kaya dengan sumber pembelajaran yang pelbagai dengan pautan laman berkaitan serta audio dan video. Maklumat pembelajaran, pentaksiran dan perkongsian idea serta pandangan menjadi lebih mudah, pantas dicapai dan dapat disebarkan melalui paparan menerusi laman sesawang.
Fungsi PBLS dalam
7 aplikasi
a) Pengumuman
real time
b) Teks ,
html, spread sheet, video, powerpoint, fail audio
c) Buku gred
real time
d) Pautan
luar (External links)
e) Ruang
perbincangan maya (Chat rooms)
f) Kuiz
automatik
g) E-mail
4.0 PENGUNAAN
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
4.1. Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran
Penggunaan teknologi dalam PdP telah
dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Kewujudan teknologi maklumat dan
teknologi multimedia telah memberi kesan yang kuat hingga merubah kaedah dan
teknik penhajaran tersebut. Antaranya ialah :
a) Media tayang seperti powerpoint, video, filem dan papan
interaktif. Penggunaan multimedia dalam pengajaran banyak membantu guru untuk
mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.
b)
Internet dalam pembelajaran – penggunaan email, blog,
portal dan laman sesawang memberi ruang untuk guru membimbing dan mengukuhkan
pembelajaran.
c)
Perpustakaan Maya- e-jurnal dan e-buku. Perpustakaan maya
membolehkan pelajar mengakses pengkalan data (database) untuk mendapatkan maklumat.
d) Web-based learning – Bahan PdP dengan mudah boleh
dipaparkan di laman sesawang. Dengan cara tersebut maklumat mudah diakses oleh
pelajar.
e) Pembelajaran secara atas talian (On-line learning) –
Kewujudan rangkaian pendidikan yang berkesan membolehkan pendidikan jarak jauh
dilakukan.
f) Penggunaan ICT dalam PdP – Pendekatan terbaik yang
sebenarnya ialah penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat
membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah(PPK, 2001)
4.2.
Impak Teknologi Dalam Pengajaran
a)
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil
pembelajaran.
b) Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
c) Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat.
d) Pelajar tidak mudah merasa jemu dan bosan.
e) Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suaana pembelajaran yang menyeronokkan.
f) Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran.
g) Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT
h) Membolehkan guru dan pelajar mendapakan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih cepat serta efisen.
b) Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
c) Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat.
d) Pelajar tidak mudah merasa jemu dan bosan.
e) Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suaana pembelajaran yang menyeronokkan.
f) Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran.
g) Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT
h) Membolehkan guru dan pelajar mendapakan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih cepat serta efisen.
5.0. PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Guru pada
hari ini berdepan dengan pelajar yang dikenali sebagai generasi internet.
Mereka lebih selesa dengan dunia internet dan cekap serta pantas menguasai
kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam internet. Maka persekitaran pembelajaran
juga perlu berubah daripada bilik darjah formasi kepada bilik darjah maya,
seterusnya akan mengubah persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran
personal.
6.0. REKA BENTUK RESOS
6.1. Konsep Reka Bentuk Resos
Reka bentuk resos digunakan untuk
membangunkan pelbagai jenis bahan penhajaran dan pembelajaran menggunakan resos
tradisional seperti bahan bercetak, bahan 2-D dan 3-D ataupun resos terkini
seperti bahan berbantukan komputer melalui pelbagai media audio-visual,
pengaksesan maklumat, pembelajaran secara online dan jaringan sosial.
Tujuan Reka
Bentuk Resos
- Mendorong murid menanam sifat berdikari sewaktu meneroka
bidang ilmu.
- Pembelajaran berpusatkan murid.
- Menggunakan konsep pembelajaran masteri.
- Meningkan kualiti serta keberkesanaan sistem pendidikan
keseluruhannya.
- Bahan pengajaran berbantu komputer di pasaran adalah
kurang sesuai dan tidak menepati objektif falsafah pendidikan Negara kerana
pakar komputer yang menghasilkan bahan PdP tidak mahir dalam aspek pedagogi.
Model
Reka bentuk Resos
1. Model Berorientasikan Bilik darjah
Guru merancang
pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran
sebelum masuk ke bilik darjah. Contoh-contoh model RP berorientasikan bilik
darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp
(1985) dan model Dick dan Reiser (1989).
2. Model Berorientasikan Produk
Contoh model yang
berorientasikan produk adalah model Van patten (1989), model Leshin, Pollock
dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).
3. Model Berorientasikan Sistem
Contoh model yang
berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick
dan Carey )1979), model Diamond (1989) dan model seels dan Glasgow (1990)
Peringkat Reka Bentuk Resos
Untuk
memastikan pengajaran yang baik dapat dilaksanakan, reka bentuk pengajaranyang
sesuai haruslah dipertimbangkan.
Peringkat reka bentuk resos ialah:
1. Analisis Murid:
Meraangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentasi
khusus peringkat masuk dan gaya pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur,
tahap, tingkatan dan latar belakang sosioekonomi.
2. Nyatakan Objektif:
Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam merancang
resos pengajaran. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan
kebolehan murid, dan objektif pengajaran. Oleh kerana kebiasaanya setiap kelas
terdiri daripada murid pelbagai kebolehan, berkumpulan dan pengajaran secara
kelas. Justeru penggunaaan media dan bahan perlulah pelbagai.
Pada peringkat ini terdapat beberapa
langkah yang perlu dipertimbangkan antarannya adalah seperti berikut:
- Beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan.
- Penyediaan bahan.
- Sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang
menggunakan bahan yang dipilih.
- Sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan
objektif.
- Sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh murid.
3. Penglibatan murid:
Aktiviti yang boleh dijalankan untuk melibatkan murid
ialah seperti latih tubi, latihan , kuiz dan sebagainya. Guru juga boleh
melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.
4. Penilaian:
Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan
sesuatu perkara serta untuk menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan
kebekesanannya. Penilaian meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran,
sikap dan objektif.
Ciri-Ciri Reka Bentuk Resos
- ·
Kos yang berpatutan (boleh juga guna bahan terbuang)
- ·
Mempunyai identiti kebangsaan.
- ·
Menepati arahan dan kurikulum.
- ·
Bersesuaian dengan pencapaian murid.
- ·
Hiasan berpada dan ketepatan.
Kelebihan
Reka Bentuk Resos
- ·
Mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran.
- ·
Guru dan murid boleh mengakses maklumat daripada pelbagai
sumber.
- ·
Sumber maklumat mudah diperolehi.
- ·
Menjimat masa
- ·
Pengurusan dan pengemaskinian bahan yang boleh
bersistematik
- · Murid dan guru tidak jemu.
7.0. REKA
BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF
Konsep
Penilaian
Penilaian merupakan satu proses
untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan dalam pembelajaran. Ia sebagai satu proses/prosedur yang sisitematik
bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan
memberikan maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap, Ia
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Tujuan
Penialaian:
a)
Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
b) Membantu guru membuat perbandingan antara pelajar dengan
pelajar mahupun antara satu kelas dengan kelas yang lain.
c) Membantu perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek
tersebut dengan subjek lain.
d) Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dengan yang
rendah pencapaiannya.
e) Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan.
f) Membolehkan guru menilai bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran.
g) Meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Pentaksiran
Pembelajaran:
Tujuan pentaksiran adalah untuk
memastikan pembelajaran berlaku seperti yang dirancang selain membantu guru
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dapat memberikan
manfaat kepada guru dan murid dalam bentuk maklum balas bagi meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan
Dalam Pentaksiran Pembelajaran.
A. Pentaksiran Prestasi:
Menilai perkembangan pembelajaran
pelajar secara langsung apa yang dapat dibuat, bagaimana proses dan pengalaman
pembelajaran. Proses ini menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau
menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu.
Pentaksiran dibuat melalui pemerhatian terhadap apa sebenarnya dialami dan
dihasillkan oleh pelajar. Pentaksiran prestasi juga dikenali sebagai
pentaksiran autentik.
Kelebihan
Pentaksiran Prestasi
a)
Merekod apa yang diketahui dan dilakukan oleh pelajar.
b)
Menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis,
sintesis dan penilaian.
c)
Memudahkan guru membuat pentaksiran secara individu
berdasarkan pemerhatian secara berterusan.
d)
Memudahkan guru merancang pengajaran berdasarkan
keupayaan pelajar.
e) Memudahkan pihak sekolah, ibu bapa dan sebaginya
memperoleh maklumat terperinci tentang pembelajaran pelajar.
f) Memudahkan guru mengurus pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih bermakna.
Komponen-Kompenen
Pentaksiran Prestasi:
a)
Senarai semak perkembangan
b)
Portfolio pembejaran
c)
Laporan pembelajaran
Ciri-Ciri Pentaksiran Prestasi:
a)
Pelajar terlibat dalam aktiviti berbentuk autentik.
b) Tugasaan akan jadi lebih bermakna, berbentuk aplikasi
kemahiran, pengetahuan dan integrasi KBKK.
c)
Bagi mendapatkan tugasan yang baik, penggunaan bahasa dan
laras bahasa yang betul perlu digunakan.
d)
Dua bentuk tugasan prestasi iaitu berasaskan projek dan
berasaskan produk.
e)
Penekanan diberikan terhadap kedalam pemahaman dalam
melaporkan tugasan.
Tugasa
Guru Dalam Pentaksiran Prestasi:
a)
Tentukan matlamat tugasan
b)
Sediakan hasil pembelajaran yang eksplisit
c)
Sediakan tugasan berdasarkan keadaan senebar (real world)
d)
Sediakan langkah pelaksanaan tugasaan yang lengkap bagi
membimbing pelajar.
e)
Bina pentaksiran dalam tugasaan iaitu dalam bentuk kontekstual.
f)
Guna borang penilaian agar pentaksiran dilakukan dengan
adil dan tepat.
B. Pentaksiran Berasaskan Portfolio:
Portfolio ialah satu bentuk bukti
proses perkembangan pembelajaran. Penyediaan portfolio merupakan antara
keperluan dalam pentaksiran prestasi. Penyediaan portfolio yang sistematik
mengandungi ciri-ciri berikut:
CRADLE iaitu:
C – Collecting – mengutip
R – Refecting – refleksi
dan catatan jurnal
A – Assessing – penaksiran
D – Documenting – mendokumentasi
L – Linking – perkaitan
E – evaluating – penilaian
Ciri-Ciri Portfolio Yang Sistematik
a) Komprehensif
:
Pengumpulan data yang tepat dan pelbagai.
b) Bermaklumat
:
Maklumat yang dimasukkan mestilah yang bermakna kepada
guru.
c) Dibuat
khusus:
Menepati tujuan dan matlamat penyediaannya.
d) Autentik:
Maklumat yang dimasukkan berkaitan rapat dengan tugasan
autentik pelajar.
Prosedur Pentaksiran Portfolio
a)
Kenal pasti tujuan dan fokus
b)
Rancang isi
c)
Reka bentuk analisis
d)
Sediakan tatacara penyampian
e)
Kenal pasti prosedur pengesahan
f)
Laksanakan model pentaksiran
C. Pentaksiran Kendiri
Pentaksiran kendiri melibatkan pelajar menilai diri
sendiri apa yang telah dipelajari dan bagaimana dia mempelajarinya. Pelajar
akan memantau perkembangan dan kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan objektif
dan hasil pembelajaran.
Langkah-Langkah Pentaksiran Kendiri:
a)
Membuat refleksi pengalaman yang lalu.
b)
Mengingati semua apa yang telah berlaku.
c)
Menggambarkan semua idea yang telah dipelajari.
d)
Menyimpan rekod tindakan yang telah diambil
e)
Menentukan halatuju akan datang.
Strategi Pentaksiran Kendiri
a)
Modeling:
Menggunakan hasil kerja yang baik
sebagai contoh.
b) Kemahiran menyoal secara berfokus:
Pelajar diminta membina soalan untuk
mendapatkan maklumat tambahan.
c) Pengurusan grafik:
Bentuk visual yang dapat membantu
pelajar menstruktur pemikiran mereka dalam bentuk diagram.
d) Membuat refleksi pembelajaran:
Catatan jurnal tentang apa yang
dialami.
e) Penilaian rakan sebaya:
Maklum balas daripada rakan sebaya.
f) Senarai semak:
Untuk mentaksir sikap pelajar, tingkah
laku dan tindakan pelajar semasa proses pembelajaran.
g) Portfolio digital:
Penggunaan ICT dalam pentaksiran
pembelajaran.
h) Aplikasi teknik pentaksiran bilik darjah:
Menggunakan pelbagai aktiviti
penaksiran untuk pembelajaran.
D. Pentaksiran Berasaskan Komputer
a)
Pentaksiran ini merupakan pentaksiran yang disediakan,
ditadbir dan disemak oleh komputer.
b)
Terdapat perisian khas untuk kegunaan guru.
c)
Pentaksiran pembelajaran lebih menarik dan boleh mendapat
maklum balas secara langsung.
d) Prestasi pembelajaran lebih menarik dan boleh mendapat
maklum balas secara langsung.
e)
Prestasi pelajar akan ditentukan oleh program komputer
berdasarkan aras kesukaran soalan.
f) Elektronic votting system membolehkan guru membuat
pentaksiran selepas pengajaran dan pembelajaran sesesai.
g) Tahap penguasaan pembelajaran pelajar dapat diukur dengan
cepat dan tindakan susulan dapat dibuat.
Semoga perkongsian maklumat ini membawa manafaat pada semua
BalasPadam